Saturday, February 7, 2009

Hakikat Perkahwinan

Untuk renungan bersama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar darihakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakahpilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, makapasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidurtidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, makapasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan mukakeripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, makapasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangantidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hatimanusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yangdicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYAmelebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak adaalasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jikapasangan mendurhakai ALLAH.

Tips for Life 2009

1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2008..
7. Make time to pray. They provide us with daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime..
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26.. What other people think of you is none of your business.
27.. However good or bad a situation is, it will change.
28. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
29. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
30. Envy is a waste of time. You already have all you need.
31. The best is yet to come.
32. No matter how you feel, get up, dress up and show up..
33. Do the right thing!
34. Call your family often.
35. Your inner most is always happy. So be happy.
36. Each day give something good to others.
37. Don't over do. Keep your limits.
38. Please Forward this to everyone you care about.
Have a Happy 2009

Kisah Janda Dahaga_18SX

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yangbaru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahajakematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagidan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejakakampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnahtidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, keranahatinya masih lagi merindui arwah suaminya.
Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi diwaktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dandingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapibadannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahagasekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.
Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambilsebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan menyambung tidur semula.
Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..hahaha....

Lemah Wanita & Lembut Wanita

Hingga jarum jam tegak bertindih jariLelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diamWanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia"

-- Sesungguhnya... Dari Dia Kita Datang.. Dari Dia Juga Kita Kembali

Luahan Hati

Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu?! Terasa ingin menggapai walau tangan tak sampai….
Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Jauh didalam cinta terus segar dan mewangi.
Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.
Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujuran.
Terkadang rasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang amat kondusif dan ekslusif, tersendiri amat.
Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.
Wahai insan yang pernah bertaktha dihati, dimanakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringat seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa memperdulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh disudut hati kita.Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.
Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Wahai, andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.
Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yang bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yang gemilang lagi cemerlang.
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengobat cinta karena ia tidak mengerti perjalanan hati nurani.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan berarti dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Hidup tanpa cinta sepeeti makanan tanpa garam. Oleh karena itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar waktu dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. Sesungguhnya cinta itu karunia Tuhan Yang Maha Esa.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekedranya, mungkin saja dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekedarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan kau berfikir kebesaranNya itu ?
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

Antara Cinta & Suka

Renungilah… Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata.Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuba fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Kehebatan Cinta..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,tetapi mengapa tuhan menganugerahkan sekeping hati pada kita,,?telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita memcarinya, itulah namalah cinta,,,,,, jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal ,jika masih mahu mencuba,,,jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup, ,jangan sesekali mengatakan kamu tidak menyintainya lagi,jika kamu masih tidak dapat melupakannya,,, cinta datang kepada orang yang masih menpunyai harapan,walaupun mereka telah dikecewakan,kepada mereka yang masih pecaya,walaupun mereka telah dikhianati,kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya,dan kepada mereka yang menpunyai keberanian dan keyakinan untuk menbangunkan kembali kepercayaan,,,, jangan simpan kata2 cinta pada orang yang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata2 cinta pada pusaranya,,,sebaliknya ucapkan kata2 cinta yang tersimpan dibenakmu itu ,selagi hayat masih ada,,,, mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah,,sebelum bertemu dengan orang yang tepat,,,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kuniaan itu,,,,,, cinta dapat mengubah pahit dan manis,,debu beralas emas,,keruh menjadi bening,,sakit menjadi sembuh,,penjara menjadi telaga,,derita menjadi nikmat,,,,dan kemarahan menjadi rahmat,, sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai mu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang ,,dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya,, seandainya kamu ingin menyintai atau memiliki hati seseorang itu,ibarat kan lah,,,,seperti menyunting sekuntum bunga merah ,,,kadang kala kamu mencium harum mawar tersebut,,,,,tetapi kadangkala kamu terasa bisanya duri mawar itu menusuk jari,,, hal yang menyedihkan dalam hidup ,adalah ketika kamu beremu seseorang yang sangat bererti bagimu,,,,hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti ,dan kamu harus membiarkannya ia pergi,, kadang kala kamu tidak menghargai apa yang mencintai kamu sepenuh hati,,sehinggalah kamu kehilangannya,,,pada saat itu tidak guna sesalan,kerana perginya tanpa berpatah lagi,,,,, cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang,dan bukan dia sebelumnya,kisah silam tidak perlu diungkit lagi,,,kiranya kamu benar menyintai setulus hati,,,,, rasa percintaan lebih pahit daripada hempedu,,teman percintaan ialah sayu dan pilu,,,,,namun demikian ,dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjurumus kedalamnya,,,kerana dianggap seperti lautan madu,,, hati2 dengan cinta,kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,orang gemuk menjadi kurus,orang normal menjadi gila,orang kaya menjadi miskin,,,jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu,, berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau dicintai tersimpan keburukkan didalam nya,,dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikkan didalamnya,,,, cinta kepada harta ertinya bakhil,cinta pada perempuan ertinya alam ,cinta pada diri sendiri ertinya bijaksana,,,cinta pada mati ertinya hidup,,,cinta pada tuhan ertinya takwa,,, siapapun pandai menghayati cinta,,,,tetapi tiada siapa yang pandai menilaikan cintai,,,,kerana cinta bukannya objek yg boleh dilihat dari mata kasar ,,,,sebalik nya cinta hanya dapat dititik pada hati dan perasaan cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati,dan meniupkan kehidupan pada nya ,,,serta membuat budak jadi pemimpin,,,,,inilah dasyatnya cinta,,, permulaan cinta adalah menbiarkan ,,,orang kamu cinta ,,menjadi diri sendirinya,,,dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan,,,,jika tidak ,,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan dalam diri kamu,,, kamu tidak pernah tahu,bila kamu pernah jatuh cinta,namun apabila sampai saatnya,,raihlah dengan kedua tanganmu ,dan jangan biar ianya terlepas…

Kisah Chewinggum!!

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore ???

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?” Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi ” Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?” Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand” Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?” Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand” Raja Siam plak Tanya: “apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?” PM Singapore jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.” Raja Siam: “ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore” Erk! muka PM Singapore jadik merah padam” dan sebaiksaja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?
just for funn……..lol

Aku & Aweks..

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa… .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue… maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot… mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie…
takde kuasa aku nak tau… baik aku cerita pasal aku..tak gitu…Dan untuk pengetahuan kau… seperti yg kau lihat… dan sememangnya tidak dinafikan lagi… aku dilahirkan sehensem-hensem umat… kerana itulah jugak… berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang… .siap ada listing lagik… tapi ada satu bende yang sedih… .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku… aku pun tak tau apasal..
Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku… dier le awek aku yg paling last… .muktamad dah nie… surat menyurat takkan dilayan… ..kalo intan tinggalkan aku… .cam awek awek aku yg dulu… sumpah aku tak nak kahwin…
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping… Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris… macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver… takkan takde kete… bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je… tak syok la naik moto… rambut berserabut lar… muka cair lar… kain terselak lar… malu nanti orang tengok lar… tak buleh nak seksi lar…Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku… sure itulah kali last aku akan jumpa Intan…
Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus… berdesing telinga aku … aku cakap kat dier… .baiklah… .esok aku akan datang naik kete besar… jauh lagi besar dari kete mesedis… . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan…
Intan terus menghaibkan diri… ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer… … . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku… or bakal awek aku…Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie… .satu hari nanti…
Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie… ..
Yang Benar
Isnin Bin Selasa.
.......................................................
Pemandu Kereta JenazahPersatuan Khairat Kematian
Kuala SepetangTaiping Perak…

Lawak Lepas Exam

Jangan Tensen2…

Teacher: History is a very interesting subject. It tells you about what had happened in the past.
Student: Please teacher, I don’t think I want to study history.
Teacher: Why?
Student: There is no future in it.

Teacher : Ted, if your father has $10 and you ask him for $6, how much would your father still have?
Ted : $10.
Teacher : You don’t know maths.
Ted : You don’t know my father!

Mother : David, come here.
David : Yes, mum?
Mother : You really disappoint me. Your results are getting worse.
David : But I will only get my report book tomorrow.
Mother : I know that. But I am going to Hong Kong tomorrow, so I am scolding you now.

Father : Why did you fail your mathematics test?
Son : On Monday, teacher said 3+5=8
Father : So?
Son : On Tuesday, she said 4+4=8 And on Wednesday, she said 6+2=8. If she can’t make up her mind, how do I know the right answer?

A mother and son were doing dishes while the father and daughter were watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at her father.
Daughter : It’s mummy!
Father : How do you know?
Daughter : She didn’t say anything.

Girl: Do you love me?
Boy: Yes Dear
Girl: Would you die for me?
Boy: No, mine is undying love

Man: How old is your father?
Boy: As old as me
Man: How can that be?
Boy: He became a father only when I was born

Waiter: I’ve stewed liver, boiled tongue and frog’s leg.
Customer: Don’t tell me your problems. Give me the menu card.

Father : Your teacher says she finds it impossible to teach you anything!
Son : That’s why I say she’s no good!

Teacher : Simon, your composition on ‘My Dog’ is exactly the same as your brother’s. Did u copy his?
Simon : No, teacher, it’s the same dog!

Teacher: ‘Where were u born?’
Student: ‘Singapore, Sir.’
Teacher: ‘Which part?’
Student: ‘All of me, Sir.’

A teacher was asking her class: ‘What is the difference between ‘unlawful’ and ‘illegal’?’
Only one hand shot up.‘
Ok, answer,
Joan’ said the teacher.‘unlawful’ is when u do something the law doesn’t allow and ‘illegal’ is a sick eagle.

Teacher: ‘How come you do not comb your hair?’
Ah Kow: ‘No comb, Sir.’
Teacher: ‘Use your dad’s then.’
Ah Kow: ‘No hair, Sir.’

A boy came home from school with his exam results.
‘What did u get?’ asked his father.
‘My marks are under water,’ said the boy.
‘What do u mean ‘under water’?’‘
They are all below ‘C’ (sea) level’

Well, that’s the end of the jokes. Hope you had a good laugh! Do send it to all your friends and family so that they will have a good

Fakta @ Auta

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika
nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

*CERIAKAN HARIMU K…JGN MURAM2….

Tarikh Lahir & Personaliti Anda..

PERSONALITI ANDA - 80% BENAR..!!
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ram ai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ram ai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan ge ram . Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ram ai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Teka Teki Untuk Korang..

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

3) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

6) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

7) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

10) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

11) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

12) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

13) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

14) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

15) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

16) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

17) Kenapa kalo nak tumbangkan pokok besar mesti ditebang?
Answer: Mestila nak kena tebang..larat ke korg nak cabut?..
Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!

10 Tanda Anda Sedang Anggau Pada Seseorang

1.Selalu teringat kat dia smpai terbawak2 dalam mimpi.
2.Selalu makan rasa x kenyang…Sebab juz nak tgk die ada kat sisi.
3.Kita selalu rasa gelisah kalau sehari x nmpak dia n rasa mcam nak mati kalau dia berjauhan dengan kita.
4.Kita sanggup berbuat apa saja utk dia…Even terjun bangunan pown.
5.Kita sanggup call/sms die walaupun dia jauh dgn kita.
6.Kita slalu sebut name die kat kawan2 yg lain,even waktu tido pun slalu sebut name dia.
7.Bila xder die dpn mata,asek2 tatap pic dia je…Macam la xder kerje lain huhuhu.
8.U ingt semua pasal dia…About his birth date,makanan kegemaran dia,alamat dia…Ape2 je la…9.U rasa nak kawin atau nak hidup dgn dia slama2nya…10.
U x tertarik dgn org lain,sbb U mmg dh angau dgn yg seorang ni.
PESANAN: Angau2 jugak…Janji U dpt org itu n U setia dgn yg satu..Jgn U allz angau dgn banyak org sudahla…X elok utk dunia ni..Org lain pun nak jugak huhuhu….

Kisah Punch card

korang mesti biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..
Kawan aku — Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje.. then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan.. bila isteri Ali nak buat tuntutan….banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..
Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari
keje?? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada.. jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab.. tapi org yg idup.. mcm keluarga kita…. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya..
next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..
next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..

Sebab Mengapa Allah Sengaja Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah..

Memang sakit bila cinta yg kitadambakan selama ini tak dihargai olehinsan yg bernama kekasih,apatah lagikita dibuang begitu saja…tapi,itulahjuga petanda terbaik untuk diri dankehidupan kita pada masa akan datang.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya apabilakita bertemu jodoh yg sebenar,masih adarasa syukur kita pada ketentuanNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita dapatmenjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa kita hanyalah makhluk ygsentiasa mengharapkan pertolonganALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita dapatKASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUKDIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANGkerana mengingatkan kita bahawa diabukanlah pilihan yg hebat untuk kitadan kehidupan kita pada masa depan…
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita dapatmengutip pengalaman yg tak semua orangberpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita jadiMANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita lebihfaham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADABERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kita LEBIHMENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYAKEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dansengsara kerana cinta,fahamilah bahawakehidupan kita makin sampai kepenghujungnya.Hari esokpun kita sendiritak pasti samada menjadi milikkita.gapailah keredhaan ALLAH denganmelaksanakan suruhanNYA,danmeninggalkan laranganNYA..PERCAYALAHsesungguhnya ALLAH malu untuk menolakpermintaan hambaNYA yg menadah tanganmeminta dengan penuh pengharapan HANYAkepadaNYA..

Budak Lelaki & Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskanmasanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku”, ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau”, jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya”, tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan”.
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu. Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku”, ajak pokok epal itu.
“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?”. Tanya budak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya”. Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku”, ajak pokok epal itu.
“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira”, cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati”, kata pokok epal itu dengan nada pilu.
“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat”, jawab lelaki tua itu.
“Jika begitu, berehatlah di perduku”, cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITATINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKANANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA.